Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Tudung Jerut Bercorak





Tudung Jerut bercorak ini amat mudah dipakai. Ia didatangi dengan pelbagai corak dan warna untuk dipadankan dengan pelbagai baju. Cerut terletak dibahagian kiri leher memudahkan pemakai menggayakannya.

Friday, April 16, 2010

Tudung Lycra 3D





Koleksi Prettydees juga menyajikan fesyen tudung terkini iaitu - Tudung 3D. Diperbuat dari fabrik lycra yang memang dikenali dengan keselesaan kepada pemakai, Tudung 3D ini membawa sedikit kelainan dimana corak pada awning dibawa ke hujung keliling tudung. Ini memberi hiasan tambahan kepada pemakai dimana tudung menjadi lebih menyerlah. Corak tudung ini lebih ketara kepada pemakai apabila corak tudung menghiasi dada dan bahu pemakai.
Tudung 3D datang dengan pelbagai corak dan warna untuk pilihan. Tinggalkan pesanan atau emailkan kepada saya di alamat email yg tertera untuk pesanan.

Thursday, April 15, 2010

Tudung Batu Tepi

### SOLD OUT ###



Koleksi Tudung Batu Tepi pelbagai warna pilihan. Mudah dipakai dan dipadankan dengan baju. Setiap tudung disulami dengan 4 batu berbunga disebelah kiri (seperti di bawah)untuk memberi sentuhan anggun kepada pemakai. Tudung juga tidak kelihatan "plain" apabila dilengkapi dengan hiasan ini.

tiada dalam gambar: maroon

Selamat datang ke arena niaga Prettydees

Selamat datang kepada para pengunjung laman web Prettydees. Prettydees adalah sebuah laman web yang mempamerkan fesyen semasa dan terkini untuk jualan. Buat masa ini, kami hanya menjual pakaian wanita seperti blouse, selendang, tudung, anak tudung dan lain-lain. Dari masa ke semasa, produk kami akan bertambah dan akan kami maklumkan kepada para pengunjung sekalian melalui laman web ini. Oleh itu kunjungilah laman web ini selalu untuk mendapatkan perkembangan produk Prettydees.